Rabu, 18 Disember 2013

Nutrien Penting Untuk Anak

Kanak-kanak sedang membesar memerlukan nutrien penting bagi membantu tumbesaran yang sihat dan cergas. Jangan abaikan nutrien berikut agar anak anda tidak tergolong dalam kelompok kanak-kanak yang tidak sihat.
 
1. Kalsium
Dia perlukan kalsium kerana ia sangat penting untuk tumbesaran tulang dan giginya. Sumber kalsium boleh anda peroleh daripada produk tenusu, brokoli, kekacang dan jus oren segar.
 
2. Vitamin A
Vitamin ini diperlukan untuk kesihatan matanya. Ia membolehkan mata berfungsi dengan baik terutamanya apabila berubah daripada keadaan gelap – terang atau sebaliknya. Vitamin A juga berperanan membantu perkembangan sel dan tisu tubuhnya serta meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan jangkitan. Jadi beri anak anda makan telur, lobak merah dan keledek.
 
3. Zat besi
Anak anda perlukan zat besi untuk membantu darah mengangkut oksigen ke dalam sel tubuh dan pada masa yang sama memastikan sistem imunisasi berfungsi dengan baik, Kekurangan zat besi boleh mengakibatkannya kurang darah dan mudah letih. Ia boleh didapati daripada makanan seperti daging merah, ayam, ikan dan kekacang.
 
4. Serat
Serat sangat penting dalam membantu usus si kecil berfungsi dengan sempurna selain daripada mengelakkannya daripada menghidap diabetes. Sumber makanan yang mengandungi serat adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan oat.
 
5. Vitamin C
Vitamin C diperlukan kerana ia bahan antioksidan yang dapat meningkatkan keupayaan salur darah, menyembuhkan luka dan melawan jangkitan. Ia turut membantu memendekkan jangka masa serengan selesema. Sumber vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan sitrus dan strawberi.

Shaklee juga ada Supplement tambahan untuk si manja anda iaitu MEALSHAKES. Harga amatlah berpatutan.


 

0 ulasan:

Catat Ulasan