Rabu, 25 Disember 2013

Keputihan Wanita


Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:
 
Keburukan Keputihan
  • Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
  • Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.

Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang lain:-
  1. Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
  2. Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
  3. Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
  4. Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.
 
 

0 ulasan:

Catat Ulasan