Ahad, 15 Disember 2013

Kepentingan Kalsium Bagi Ibu Mengandung

Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari. Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Kalsium masih perlu diambil walaupun ibu telah pun melahirkan anak atau telah tamat tempoh penyusuan. Badan kita perlukan kalsium untuk menguatkan dan memelihara tulang daripada mereput (Osteoporosis) di kemudian hari.

Apabila seseorang wanita itu hamil, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta sihat. Kalsium ni bukan jer penting untuk tulang tapi juga penting untuk mengawal degupan jantung, saraf, dan otot yang sihat. Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna. Jadi, takdelah masalah darah tak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera. Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.

Kalsium sangat penting dalam pembentukan dan kontraksi otot. Kalau anda seringkali mengalami kekejangan otot atau cramp, itu tandanya badan anda kekurangan kalsium. Kebiasaannya wanita hamil lebih terdedah kepada masalah kejang otot ni sebab bayi di dalam kandungan telah mengambil kalsium dari badan ibu yang kekurangan kalsium. Masalah ini akan berlanjutan lebih-lebih lagi jika ibu menyusukan anak dan tidak makan makanan yang mempunyai sumber kalsium secukupnya. Kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan oleh ibu untuk disalurkan melalui penyusuan susu ibu kepada anak.


0 ulasan:

Catat Ulasan