Khamis, 7 November 2013

Cegah Keguguran

Keguguran Amatlah Ditakuti Setiap Yang Bergelar Ibu. Tambahan Lagi Jika Kandungan Adalah Anak Yang Sulung. Langkah Untuk Mengelakkan Keguguran:


1. Jumpa pakar gyne anda dengan seberapa segera apabila  anda terlambat datang haid , buat ujian kencing untuk mengesahkan  kehamilan.

2. Menahan diri daripada hubungan  seksual sehingga  mendapat nasihat daripada doctor anda.

3. Mengambil multivitamin seperti obimin, asid folik, Vit C 1gm dan Vit E 400-800 IU setiap hari.

4. Penggalak imun -Jintan Hitam (habbatus Sauda), antioksidan yang diperoleh daripada ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Livovid iaitu sejenis supplement untuk membersihkan 'toxins dalam badan.

5. Bagi orang-orang yang gemuk dan mempunyai PCOS Saya akan beri mereka Metformin 500mg. Kurangkan karbohidrat dan gula. Jauhkan fast dan junk foods.

6 .Rehat adalah amat penting. Kurangkan aktiviti2 fizikal dan mental, Jauhkan kerunsingan. Berehat sebanyak2, jika perlu masuk hospital untukberehat di atas katil, sekurang-kurangnya tinggal di rumah.

7. Jauhkan  racun serangga  atau semburan pewangi atau kimia.

8. Kurangkan Caffein dan juga teh, mengapa tidak mencuba air kelapa.

9. Kedudukan Mudah ketika berbaring menyiarap jika anda mempunyai rahim yang retroverted dan belum lagi diperbetulkan, meletakkan 2 bantal di bawah perut anda. Luangkan 10-15 minit pada kedudukan itu pada kira-kira 10-11 pagi.dan pukul 3-4 petang dan setengah jam sebelum tidur.

10. Akhirnya - banyak  Relaksasi, dan untuk umat Islam, membaca quran, zikir dan doa. Positif dalam pemikiran, menghilangkan segala bentuk negatif.

Mencari Vitamin Tambahan Seperti Vitamin C, B Complex(asid folic), OmegaGuard. Boleh Hubungi Whatsapp/Sms 0174621089 - layla
Mohon Like FanPages, Terima kasih.
Klik Link -->
https://www.facebook.com/pages/Dlayla-biz/603909496336010



0 ulasan:

Catat Ulasan